Pertahanan negara, Dominic Tan, mengakui keyakinan semua pemain berada di tahap tertinggi untuk mengharungi cabaran lebih getir menentang Korea Selatan di peringkat suku akhir Kejohanan AFC B-23, Sabtu ini.
Keyakinan Dominic itu hadir selepas pasukannya membuat kejutan menumpaskan pasukan handalan Asia, Arab Saudi, untuk mara ke suku akhir.
Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenaan percaya kejayaan itu melonjakkan semangat mereka untuk beraksi cemerlang dalam usaha membantu pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu mencipta kejayaan seterusnya.
"Moral skuad sedang tinggi selepas kami melakukan perkara yang orang tak jangka.
"Apapun kami perlu bekerja keras lagi dalam latihan dan suku akhir nanti, kami akan tunjukkan kemampuan kami," katanya menjelang aksi di Kunshan, China.
Dominic berjaya membentuk gandingan ampuh di benteng akhir bersama Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin.
Menggantikan tempat Adib Zainuddin, Dominic mengakui kegagalannya membarisi skuad Sukan SEA Kuala Lumpur lalu menjadi pembakar semangatnya untuk mempamerkan aksi memberangsangkan setakat ini.
Meskipun dihimpit kecederaan, Dominic tetap melaungkan keazamannya untuk beraksi dalam perlawanan menentang Korea Selatan nanti.
"Apabila saya tidak dapat (bermain) dalam Sukan SEA dan kelayakan (Kejohanan AFC), saya sedih tetapi saya meneruskan berlatih bersama JDT.
"Saya bangga jurulatih akhirnya memilih saya untuk bermain dalam kejohanan ini. Saya ambil peluang ini untuk melakukan yang terbaik," katanya lagi.