Skip to main content

Bola Sepak

AFC B-23: Disiplin, semangat juang tinggi jadi bekalan

ong-kim-swee_4.jpg
Pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, percaya anak buahnya mampu mengejutkan Arab Saudi dalam perlawanan terakhir Kumpulan C, Kejohanan AFC B-23 di Stadium Kunshan, China malam ini jika mereka mengulangi persembahan yang sama ketika mengikat Jordan, Sabtu lalu. 

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, ketiga-tiga pasukan yang kami hadapi mempunyai kekuatan yang seimbang.

"Paling penting, kami harus memperbaiki apa yang perlu dilakukan, terutama selepas perlawanan dengan Jordan. 

"Sudah pasti kami ingin mencapai kemenangan, (dengan syarat) pemain mengikut arahan dan menunjukkan semangat juang yang tinggi.

"Jika mengulangi aksi seperti menentang Jordan, saya percaya kami mampu mengalahkan mana-mana pasukan," kata pengendali skuad B-23 Malaysia itu. 

Beberapa tonggak utama seperti Irfan Zakaria dan Safawi Rasid, bagaimanapun, dikhabarkan dihimpit masalah kecederaan. 

"Ini terpulang kepada sesi latihan terakhir kami sebelum menentang Arab Saudi nanti dan saya harap mereka boleh diturunkan," ujarnya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video