Skip to main content

Bola Sepak

Adam makin digemari di Selangor

6217adamnorazlin.jpg
Kekerapan beraksi dengan Selangor musim ini memberi suntikan semangat kepada Adam Nor Azlin untuk tampil lebih positif bersama skuad bawah 22 tahun negara.

Jika tahun lalu penyerang itu banyak menghabiskan masa dengan memanaskan bangku simpanan tetapi dia kini menjadi pilihan utama skuad Selangor sejak awal musim ini.

Adam sudah beraksi dua kali dalam kesebelasan utama Selangor selain turun selaku pemain gantian dalam aksi terakhir bertemu PKNS, Sabtu lalu.

Situasi itu jelas menggembirakan Adam kerana peluang beraksi dilihat mampu membantunya untuk memburu tempat dalam skuad Sukan SEA.

"Saya akan tingkatkan prestasi saya dari semasa ke semasa untuk memberikan apa yang saya mampu demi skuad Sukan SEA negara," katanya.

Dalam perlawanan persahabatan menentang Vietnam, esok, Adam mengakui ia adalah satu perkara yang sukar buat dia dan rakan-rakannya kerana kesuntukan masa untuk menjalani latihan bersama.

Sehubungan itu, dia berharap pemain mampu membawa momentum prestasi mereka dalam saingan liga untuk pasukan negara.

"Semua pemain sudah beraksi sama ada dalam Liga Super, Liga Perdana atau Liga FAM. Maka, kami akan gunakan pengalaman ini untuk diterapkan dalam skuad negara nanti," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video