Apakah pelan alternatif oleh Harimau Malaya selepas penarikan diri daripada menyertai Kejohanan Piala Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA)?
Terdahulu, ketua jurulatih, Peter Cklamovski, bakal mengumumkan perancangan menggantikan kejohanan tersebut dengan aksi pemanas badan dijadualkan berlangsung sekitar September depan.
Terdapat khabar angin bahawa Malaysia akan menguji Singapura yang merupakan antara calon dalam perlawanan persahabatan menjelang aksi seterusnya dalam Kelayakan Piala Asia.
Skuad kebangsaan dikhabarkan sedang meneliti beberapa peluang berkenaan solusi kepada penarikan diri pertandingan itu dengan mengadakan aksi bertemu lawan yang belum dikenal pasti dalam kalender Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan datang.
Terdapat laporan mengatakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) difahamkan menghantar jempuan kepada Arab Saudi, Oman dan Iraq untuk perlawanan persahabatan antarabangsa di Kuala Lumpur pada September ini.
Namun, ketiga-tiga negara itu sudah memiliki jadual tersendiri tatkala Oman merupakan lawan tetap untuk Piala CAFA, selain Arab Saudi berjumpa Czechia sebagai lawan sebelum pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026.
Sementara, Iraq merupakan pasukan yang akan bermain dalam Kejohanan Bolasepak King's Cup di Thailand pada September depan.
Dalam masa sama, Malaysia juga merangkan perancangan berdepan negara yang berada di ranking atas ke 100 dunia.
Namun, belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak setakat ini.