Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), terus membawa cabaran negara dalam kancah tertinggi Asia selepas berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), bulan lalu.
Kejayaan menamatkan tempat di kedudukan ketiga Kumpulan A itu menyaksikan Harimau Selatan akan bertemu Buriram United di pusingan 16 yang berlangsung secara permainan timbal balik.
Ini dianggap sebagai aksi balas dendam skuad kendalian Hector Bidoglio selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 0-0 ketika bertemu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), tahun lalu.
JDT mempunyai rekod cemerlang bertemu kelab Thailand yang sering mencatatkan keputusan positif dan menggembirakan peminat tempatan.
Dua kemenangan ketika pernah menumpaskan BG Pathum dan seri dengan Buriram sebelum ini menjadi tonik berharga bahawa kelab terbaik Malaysia ini akan tetap mencari jalan untuk mencipta satu lagi keputusan terbaik.
Sudah pasti, drama di antara Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Super musim lalu, Arif Aiman Hanapi, dan ayam tambatan Gajah Perang, Theerathon Bunmathan, menjadi salah satu pertembungan epik ekoran insiden lalu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Tidak dilupakan, ketua pasukan Harimau Malaya, Dion Cools, memainkan peranan penting mengekang asakan JDT selain menjadi nadi utama Thunder Castles melancarkan serangan menggunakan kelebihan sebagai pertahanan sayap.
Pertemuan terakhir menyaksikan juga sebanyak tiga layangan kad merah diberikan oleh pengadil dalam aksi hangat itu dan dua daripadanya ialah pemain JDT, Park Jun-heong dan Murilo Henrique.
Antara pemain yang mencuri tumpuan bagi wakil Thailand itu ialah Lucas Crispim yang kerap memperdayakan pertahanan JDT dengan gelecekannya umpama menari dengan bola bakal beri tekanan kepada JDT.
Kecemerlangan bekas penjaga gol Birmingham United, Neil Etheridge, dengan statistik yang bagus dilihat merupakan ancaman utama serangan JDT yang diketuai Bergson Da Silva selain banyak melakukan penyelamatan penting menidakkan percubaan JDT.
Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Arena Bola saluran 802 bermula dengan prarancangan pada jam 9.30 malam, Selasa ini.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO.

AFC CHAMPIONS LEAGUE ELITE 2024-25 ROUND OF 16 FIXTURES — JOHOR DARUL TA’ZIM FC
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 20, 2025
Hidup Johor Demi Johor#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/lARxzigMX7