Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Buriram United berjaya tangani taktik berbeza JDT -- Osmar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

buriram-united.jpg
Ketua jurulatih Buriram United, Osmar Loss Vieira, mengakui nyaris terperangkap dengan percaturan awal Johor Darul Ta'zim (JDT), sebelum mereka formula kemenangan 2-1 dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Bangkok, malam tadi.

Gawang tuan rumah bergegar menerusi jaringan Antonio Glauder pada minit ke-28, namun mengaturkan aksi garang dalam babak kedua untuk menghukum pelawat dengan ketajaman sentuhan Suphanat Mueanta dan Robert Zulj.

Osmar lantas teruja dengan mutu persembahan kedua-dua kelab dengan menyifatkan ia satu pertembungan yang sukar dan sangat menghiburkan. 

"Kedua-dua pasukan menampilkan permainan terbuka dan menyerang di antara satu sama lain. 

"Perkara utama perlawanan hari ini yang menjadi pemisah perlawanan ialah pendekatan yang tepat. 

"Apabila kami mencipta permainan menyerang, kami beraksi dengan baik," katanya pengendali kelahiran Brazil itu.  

Walaupun sudah membuat kerja rumah, mereka tidak panik dengan kelainan JDT dan memperkemaskan beberapa bahagian di atas padang. 

"Kami perlu mengkaji lawan dan ketika perlawanan. Kami menganalisis permainan dan mencari penyelesaian. 

"JDT bermain dengan cara yang kami tidak ramalkan. 




"Mereka membina gerakan hanya menggunakan seorang pemain tengah. 

"Tetapi pemain saya bangkit beraksi dengan lebih baik dalam separuh masa kedua. 

"Kami berhempas-pulas untuk tiga mata ini," katanya lagi. 


 

Advertisement

Must Watch Video