Skip to main content

Bola Sepak

Abu Bakar alu-alukan keputusan Shahrel

abubakarpknpmifa-1jpg_1.jpg
Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, mengalu-ngalukan kehadiran semula pengempur terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK), Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, dalam kesebelasan utama kelab itu menjelang Liga M, bulan depan.

Menurutnya, keputusan Shahrel untuk kekal menamatkan spekulasi berkaitan perpindahannya ke pasukan lain.

"Banyak rintangan dan kenangan yang telah kami lalui. Saya menghormati apa sahaja keputusannya. Oleh itu, saya menghargai kesediaannya untuk bersama PKNP dalam Liga Super 2018," katanya.

Bagi ketua jurulatih itu, episod ketidaktentuan kedudukan Shahrel sebagai pemain PKNP telah tamat dan kini fokus bersama pasukan perlu diutamakan.

"Saya kagum dengan semangat dia untuk bersama rakan dan barisan pemain baru PKNP untuk saingan lebih mencabar dalam Liga Super. Shahrel masih lagi menjalani rawatan, masih belum pulih sepenuhnya. Saya doakan dia cepat pulih dan seterusnya dapat menjalani latihan bersama pasukan," katanya.

Sharel mengikat kontrak lanjutan selama dua tahun bersama PKNP sehingga 2020.

Advertisement

Must Watch Video