Berjuang untuk kembali ke Liga Super, itu 'harapan besar' Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sraawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah terhadap pasukan Ngap Sayot petang tadi.
Katanya, ia bukan hanya harapan beliau, tetapi semua 2.7 juta rakyat Sarawak termasuk Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
" Kerajaan Negeri tidak pernah memandang rendah sukan nombor satu dunia ini.
" Malah kita memperuntukkan geran yang sangat besar iaitu sehingga RM3.5 juta setahun untuk membangunkan pasukan ini, biarpun kita sedar ia masih jauh dari mengcukupi," katanya ketika berucap melancarkan jersi baharu Sarawak dan majlis memperkenal pemain di Mydin Petra Jaya di sini.
" Kita berharap akan mendapat keputusan yang baik.
" Namun ia hanyalah angan-angan kosong tanpa komitmen semua pihak terutamanya para pemain.
" Yang penting jadilah pasukan yang dahagakan kemenangan," tegasnya.
Dengan geran yang lumayan, beliau berharap ia dapat diurus dengan baik dan bijak.
" Urus dengan jujur dan baik. Pastikan persatuan diljalankan dengan baik
" Kami (Kerajaan Negeri) di belakang anda ... sebab itu kami marah sedikit jika mendemgar FAS berhadapan krisis kewangan," tambahnya.
Mengenai pasukan Sarawak 2018, yang kini dikendalikan Ketua Jurulatih baharu, Ian Gillan, Abdul Karim berharap jurulatih dan pemain import yang dilpilih dapat menghasilkan keputusan yang terbaik.
" Malah kita juga berharap 14 pemain tempatan, anak jati Sarawak yang telah tersenarai dapat bermain dengan berkobar-kobar.
" Kalau mahu menang, harus bermain dengan semangat yang paling tinggi," tegasnya lagi.
Turut hadir Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan; Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak, Datuk Posa Majais; Pengurus Pasukan, Abdul Wahab Rahim, dan Ketua Jurulatih Sarawak, Ian Andrew Gillan.
Sarawak yang menggunakan jersi baharu belang putih merah akan mengharungi Liga Malaysia musim 2018 dengan aksi Liga Perdana melayan Kuantan FA pada 2 Februari depan di Stadium Negeri.
Sarawak akan beraksi pada jam 4.15 petang.
Sementara itu, jersi yang berkonsepkan batik Sarawak yang bertemakan "Sarawak Gagah" ini ditaja oleh Lea Sports Centre dan Starsport.