Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa EURO 2024: Perancis tumpul depan gawang, Belanda serba tidak menjadi

pranc.jpg
Perancis mendominasi separuh masa pertama berdepan Belanda yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan  dalam saingan Kumpulan D.

Jeremie Frimpong hampir menjaringkan gol pembukaan seawal minit pertama tetapi berjaya ditepis oleh Mike Maignan untuk menafikan jaringan pertama Belanda.

Selang dua minit kemudian, cubaan deras Antoine Griezman menuju tepat ke arah penjaga gawang dan Bart Verbruggen berjaya menepis untuk memberikan sepakan sudut pertama buat Peracis.

 

Walaupun tanpa kelibat Kylian Mbappe, beberapa percubaan hadir menerusi Griezman tetapi tidak berjaya dinoktahkan dalam bentuk jaringan.

Kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan sekiranya ingin menempah slot awal ke pusingan kalah mati.
   

Advertisement

Must Watch Video