Separuh masa pertama menyaksikan Scotland dan Switzerland terikat 1-1 dalam saingan Kumpulan A yang berlangsung sengit di Stadium Cologne, sebentar tadi.
Jaringan pembukaan Scotland hadir menerusi Scott Mctominay hasil serangan balas pada minit ke-13, rembatan yang tempias itu terkena kaki pemain pertahanan Switzerland, Fabian Schar, untuk memberikan Scotland kelebihan 1-0.
Scotland yang lebih gemar bertahan dihukum Xherdan Shaqiri yang menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-26 hasil sepakan cantik daripada luar kotak penalti menewaskan Angus Gunn.
Selang beberapa minit, jaringan kedua Switzerland hadir menerusi sepakan sudut tetapi posisi Dan Nadoye yang berada dalam keadaan ofsaid memaksa pengadil perlawanan menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk mengesahkan jaringan yang jelas tidak memihak kepada Switzerland.
Separuh masa pertama tamat dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1, Scotland memerlukan kemenangan untuk terus membuka cabaran ke pusingan kalah mata manakala Switzerland perlu menang untuk mengikuti langkah Jerman yang berjaya menempah slot awal ke peringkat seterusnya.

HALF TIME: Scotland 1-1 Switzerland.
— Scotland National Team (@ScotlandNT) June 19, 2024
It’s all-square at the break, after Scott McTominay’s opener was followed by a Shaquiri equaliser.
All to play for in the second half ?#SCOSWI | #EURO2024 pic.twitter.com/FHvviDQguj