Skip to main content

Bola Sepak

Kesebelasan utama EURO 2024: Scotland bawa misi hidup mati, Switzerland mahu terus mara

scotland.jpg
Misi hidup mati Scotland berdepan Switzerland dalam saingan Kumpulan A menyaksikan pasukan itu meletakkan pemain terbaik untuk mencari mata pertama dalam saingan EURO 2024.

Scotland turun dengan misi meraih tiga mata penuh bagi terus menghidupkan peluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya selepas tewas 1-5 dalam aksi pertama Kumpulan A menentang Jerman, minggu lalu.


 

Grant Hanley membawa cabaran dibahagian pertahanan dibarisi Angus Gunn (Penjaga gawang), Kieran Tierney dan Jack Hendry.

Ketua pasukan, Andy Robertson, akan bergerak di bahagian tengah bersama Collum Mcgregor, Billy Gilmour dan Anthony Ralston. Manakala, Scotland kekal mempertaruhkan bintang Manchester United, Scott Mctominay, Che Adam dan John Mcginn di jentera serangan.


 

Dalam pada itu, Switzerland meletakkan kekal dengan barisan sama dengan Yann Sommer, Silvan Widmer, Manuel Akanji, Remo Freuler, Granit Xhaka, Ricardo Rodriguez, Ruben Vargas, Dan Ndoye, Michel Aebischer, Fabian Schar dan Xherdan Shaqiri.

Advertisement

Must Watch Video