Perlawanan ketiga saingan peringkat kumpulan Euro 2024 bakal bermula dengan Jerman menyasarkan kemenangan ke atas Switzerland di Frankfurt Arena.
Selepas merekodkan dua kemenangan daripada dua perlawanan sebelum ini, skuad kendalian Jurgen Nagelsmann mengintai peluang untuk terus membuktikan mereka mahu melaungkan amaran buat pencabar bahawa mereka memburu Kejuaraan Eropah bagi edisi kali ini.
Kai Havertz diberi mandat selaku penyerang utama sementara Ilkay Gundogan diletak sebagai perancang utama diapit oleh Florian Wirtz dan Jamal Musiala.
Toni Kroos bakal mengetuai jentera tengah sementara Antonio Rudiger bakal menjadi watak penting mereka di bahagian pertahanan.
Switzerland pula menurunkan kesebelasan yang hampir sama daripada perlawanan terdahulu, Breel Embolo merupakan penyerang utama sementara Granit Xhaka bakal menjadi nadi pasukan di bahagian tengah.
Pertahanan Manchester City, Manuel Akanji bakal dipertanggungjawab mengawal asakan bintang Jerman manakala Yann Sommer bakal menggunakan pengalaman beraksi di pentas Bundesliga sebagai kunci mengekang peluang tuan rumah merekodkan tiga kemenangan berturut-turut.