Harry Kane percaya keputusan hambar ketika England bertemu Denmark akan segera dilupakan seandainya skuad The Three Lions itu meneruskan kejayaan dalam EURO 2024 selain menekankan tiada jalan pintas untuk berjaya.
Pasukan kendalian Gareth Southgate itu mempamerkan rentak mengecewakan dalam sebahagian besar pertemuan yang Kumpulan C itu yang berakhir 1-1.
England akan berdepan Slovenia awal pagi Rabu ini dan dalam masa sama Denmark bertemu Serbia, dan anak buah Southgate mempunyai kelebihan dua mata dan menguasai kedudukan pertama.
"Saya fikir ia membabitkan sebahagian daripada pengalaman dan menggunakannya untuk kelebihan pemain," katanya dalam sidang media pra-perlawanan malam tadi.
"Adalah kurang bijak untuk mengetepikan kesemua pengalaman dalam kejohanan lalu memandangkan ia boleh membantu dan sangat berguna. Itulah yang saya cuba dan sedang lakukan.
"Saya fikir ramai pemain yang sudah lama berada di sini juga melakukan perkara yang sama dan kami mempunyai tanggungjawab untuk mencuba dan berkongsi dengan rakan sepasukan. Kejohanan utama adalah sukar dan sentiasa ada peningkatan, begitu juga dengan kemunduran.
"Laluannya sentiasa berliku atau bukan berdasarkan pengalaman kami. Kami sedar betapa sukarnya untuk menghampiri final EURO pada 2021.

"Pokok pangkalnnya ialah di mana kami menamatkan kejohanan ini, Tiada siapa yang akan mengingati keputusan seri 1-1 menentang Denmark jika kami mara jauh dan memenanginya. Itulah realitinya.
“Kami tidak boleh tidak terlalu terbawa-bawa jika memenangi perlawanan dan jangan terlalu kecewa jika beraksi seperti mana yang kami sajikan setakat ini.
"Ia hanya tentang terus berjuang dan mencari jalan untuk memastikan kami ke peringkat kalah mati. Kemudian apabila kami berada di sana, kami perlu menghadapi pusingan kalah mati."