Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2024: Takut dimarah guru, Lamine Yamal bawa kerja rumah ke Jerman

lamine-_-ezgif-com-webp-to-jpg-converter.jpg
Pemain sayap Barcelona, Lamine Yamal, mengakui dia membawa sekali kerja rumah ke Jerman kerana takut dimarahi gurunya. 

Sikap dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh Yamal bukan sahaja terhadap bola sepak, tetapi juga terhadap pelajaran bagi membuktikan bahawa dia seorang atlet yang berdisiplin tinggi.

Atlet berusia 17 tahun yang juga penyerang bagi pasukan Spain itu telah menunjukkan adab yang bagus dimana dia pandai membahagikan masa antara karier dan ilmu. 

Meskipun sibuk dengan jadual latihan dan perlawanan, Yamal tetap menitikberatkan pencapaian akademiknya.

"Saya telah membawa kerja rumah kerana saya berada di tahun terakhir pengajian sekolah dan saya mempunyai kelas. Saya buat dengan baik dan saya harap cikgu tidak mencari saya," katanya. 

Yamal berharap dapat bermain dan membantu Sepanyol dalam aksi pembukaan Euro menentang Crotia pada Sabtu ini.

Di atas padang, Yamal cemerlang dengan prestasi yang mengagumkan, manakala di luar padang, dia tetap tekun menyiapkan kerja rumahnya, membuktikan bahawa kejayaan sebenar datang daripada usaha keras dan disiplin yang tidak berbelah bahagi.

Advertisement

Must Watch Video