Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Switzerland tidak gentar dengan kemampuan Itali

remo-freuler_vsxczdat0qs41whtp26kd7ti3.png
Pemain tengah Switzerland, Remo Freuler, menegaskan rakan sepasukannya tidak takut dengan Itali menjelang pertemuan pusingan 16 Euro 2024 di Berlin.

Pasukan Murat Yakin, yang menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A di belakang tuan rumah Jerman, berdepan Azzurri awal pagi Ahad dengan harapan untuk menamatkan 11 perlawanan tanpa kemenangan menentang lawan mereka.

Freuler, yang dipinjamkan ke Bologna dari Nottingham Forest musim lalu dan sebelum ini bersama Atalanta, berkata ini bukan perlawanan biasa baginya.

"Sudah tentu, ia bukan perlawanan seperti yang lain bagi saya. Di Itali saya membina kerjaya saya, juga mencari negara yang ideal untuk menghabiskan hidup saya bersama keluarga," katanya.

"Dalam perlawanan itu nanti, ia adalah aksi pusingan 16 dan saya mahu beri yang terbaik untuk Switzerland."

Freuler mengetahui pusingan seterusnya adalah di mana Switzerland benar-benar akan diadili tetapi menegaskan mereka tidak perlu takut daripada juara bertahan itu.

"Beraksi dengan baik pada bahagian pertama kejohanan adalah penting. Perlawanan yang akan membentuk, mampu mengubah dimensi pasukan kebangsaan, bagaimanapun, adalah
yang lain," kata Freuler.

"Tetapi saya tidak takut. Switzerland tidak takut dengan Itali."
 
 

Advertisement

Must Watch Video