England pimpinan Gareth Southgate telah berada di sini sebelum ini - untuk kejohanan yang sama buat keli ketiga berturut-turut. Untuk rekod, Three Lions telah mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan kumpulan kedua mereka.
Terdapat banyak teori tentang apa yang boleh dilakukan oleh pengurus England itu untuk meningkatkan prestasi pasukannya di kempen kejohanan kali ini. Walaupun mencapai peringkat kalah mati dengan jarak yang sangat dekat, keyakinan boleh hilang jika fokus pasukan England tidak berada dalam keadaan terbaik.
“Saya tidak tahu sama ada mereka disuruh bermain seperti ini,” kata bekas pemain pertahanan England, Micah Richards di BBC One.
"Mereka lesu - mereka memerlukan lebih banyak tenaga dan perlu lebih agresif.
“Kami sentiasa mengundang tekanan. Kami mempunyai sekumpulan pemain yang boleh mengawal bola sepenuhnya.”
Sama seperti perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Scotland di Euro 2020 dan Amerika Syarikat di Piala Dunia 2022. Senario kebuntuan 1-1 dengan Denmark ini telah memberikan satu tamparan hebat buat Southgate dengan menimbulkan banyak persoalan yang perlu diberikan jawapan kepada fanatik mereka walaupun tidak tewas dan di ambang kemaraan ke pusingan seterusnya.Hjulmand stunner cancels out Kane strike...
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 20, 2024
Match report ?️⬇️#EURO2024 | #DENENG