Sepanyol mungkin telah menjamin tiket ke pusingan kalah mati EURO 2024 tetapi Luis de la Fuente enggan membandingkan barisannya dengan era dominasi La Roja yang pernah menjulang kejuaraan Eropah dan Piala Dunia.
Skuad kendalian De la Fuente melonjak ke peringkat Kumpulan B apabila layak ke pusingan 16 tatkala berbaki satu perlawanan selepas menewaskan Croatia 3-0 dan Itali 1-0.
Penguasaan itu menyebabkan beberapa pihak mula membandingkan barisan semasa dengan pasukan bintang yang menawan Piala Dunia pada 2010 dan Kejohanan Eropah, dua tahun kemudian.
Bagaimanapun, De la Fuente berkata belum ada pujian sebegitu yang selayaknya mereka terima memandangkan skuad Sepanyol yang berwajah baru di bawah pemantauannya belum mencapai apa-apa kejayaan.
"Kami masih mempunyai perjalanan yang jauh untuk memenuhi reputasi pasukan kebangsaan yang anda sebutkan ini kerana mereka memenangi EURO," kata ketua jurulatih itu dalam sidang media pra-perlawanan menjelang pertemuan dengan Albania, awal pagi esok.
"Kami perlu meningkatkan di setiap posisi. Itu mungkin kelihatan negatif tetapi kami perlu terus memperbaiki mutu persembahan. Itu matlamat kami dari hari ke hari.
"Berita baiknya ialah masih terdapat ruang besar untuk penambahbaikan, mungkin ia tidak terbatas atau mungkin juga ada hadnya. Itulah yang membuatkan kami berasa sangat optimis."

? Düsseldorf, we’re on our way…#VamosEspaña | #EURO2024 pic.twitter.com/oCgY5oAMxC
— Spanish Football (@SpainIsFootball) June 23, 2024