Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

EURO 2024: Ryan Porteous dihukum UEFA, terlepas dua aksi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

scotland.jpg
Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) telah membuat keputusan untuk mengenakan hukuman terhadap pemain Scotland, Ryan Porteous, yang dikenakan kad merah ketika perlawanan pembukaan Euro 2024 menentang tuan rumah, Jerman, Sabtu lalu.

Hukuman tersebat diambil kira selepas pemain Watford itu melakukan kekasaran yang serius terhadap pemain Barcelona, Ilkay Gundogan, sekali gus menjadi punca kepada kekalahan pasukan Scotland.
 
Badan induk itu memutuskan supaya pemain tersebut dijatuhkan denda penggantungan sebanyak dua perlawanan penting peringkat kumpulan seterusnya terlepas baki aksi menentang Switzerland dan Hungary.

Advertisement

Must Watch Video