Bekas jurulatih Manchester United, Ralf Rangnick, meletakkan keyakinan tinggi terhadap Austria untuk memberikan cabaran besar kepada juara Piala Dunia 2018, Perancis, di Stadium Merkur Spiel Arena, awal pagi ini.
Anak-anak buah Didier Deschamps merupakan antara pasukan pilihan untuk bergelar juara Euro 2024 kerana memiliki barisan pemain berkualiti yang bertaraf dunia.
Pengendali berusia 65 tahun itu, menggesa pemainnya tidak bersikap 'rendah diri' sebelum menyerah kalah malah, menuntut supaya semua pemain memberikan yang terbaik demi menguasai permainan.
"Kami percaya dengan kemampuan setiap pemain dan mahu memberikan sepenuh tumpuan dengan aksi cemerlang tanpa mengira cara Perancis bermain.
"Kami membuat persiapan selema lebih dari dua tahun dan akhirnya kami ingin menunjukkan segala yang telah dipelajari.
"Paling penting, kami tidak mahu mereka menerima bola selama mungkin untuk menguasai permainan," katanya.