Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Poland cari formula tampung kehilangan Robert Lewandowski

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lewandowski.jpg
Poland percaya mereka berkemampuan untuk menumbangkan Belanda, malam ini, meskipun tanpa nadi utama, Robert Lewandowski.

Penyerang itu adalah penjaring terbanyak Poland dengan 82 gol dalam 150 penampilannya bersama pasukan kebangsaan.

Tujuh daripada gol itu dicetak dalam kejohanan utama (dua dalam Piala Dunia dan lima di pentas EURO), malah dia menjaringkan tiga gol dalam kempen kelayakan untuk membantu mereka mara ke pusingan akhir di Jerman. 

Bagaimanapun, Lewandowski terpaksa diketepikan daripada perlawanan pembukaan selepas mengalami kecederaan hamstring dalam perlawanan pemanas badan terakhir menentang Turkiye, Selasa lalu. 

Mereka juga kehilangan penyerang Karol Swiderski akibat kecederaan buku lali, manakala Arkadiusz Milik pula menarik diri.

Zielinski yang akan memakai lilitan kapten berikutan ketiadaan Lewandowski tetap yakin Poland mempunyai rakan-rakan yang lain dalam misi melunaskan kemenangan.




"Sayang sekali Robert Lewandowski tidak dapat membantu kami dalam perlawanan ini," katanya. 

"Dia pemain bertaraf dunia dan kami akan merindui kelibatnya. Tetapi sama ada saya mahupun rakan sepasukan, kami akan menambah sesuatu tambahan untuk mencapai matlamat untuk menang."

"Proses kelayakan kami tidak seperti yang diharapkan. Apa yang paling penting ialah kami dapat berada di sini dan kami sanggup melakukan apa sahaja."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video