Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Perancis tercari-cari sentuhan pemusnah tanpa Mbappe

deschamps.jpg
Didier Deschamps merungut mengenai sentuhan klinikal Perancis di depan gol setelah mereka terpaksa akur seri 0-0 dengan Belanda, awal pagi tadi. 

Les Bleus, tanpa penggempur utama, Kylian Mbappe, akibat patah hidung ketika menentang Austria dalam perlawanan pembukaan mereka, bergelut di depan gawang dan hanya mampu melancarkan tiga daripada 15 percubaan tepat.

Dalam masa sama, Xavi Simons menyangka dia telah memecah kebuntuan pada minit ke-69 buat Oranje, tetapi ia dibatalkan selepas Denzel Dumfries dikesan ofsaid juga telah menghalang Mike Maignan.

Selepas persembahan kurang berkesan di sepertiga akhir, Deschamps belum bersedia untuk membangkitkan spekulasi bahawa situasi pasti akan jadi berbeza jika Mbappe diturunkan.

"Satu-satunya penyesalan saya ialah sentuhan penyudah kami," kata ketua jurulatih itu kepada M6. 





“Ia adalah perlawanan yang berintensiti tinggi, pasukan Belanda lebih berhati-hati daripada biasa.

"Berbanding lawan, kami mempunyai kurang 36 jam tempoh pemulihan. Kami bertindak balas di tahap atletik walaupun kami telah melakukan terdaya untuk mengembalikan kecergasan. 

"Kylian, itu Kylian, kami tidak akan membandingkannya dengan yang lain.

"Bradley Barcola juga mempunyai kualiti, itulah sebabnya dia berada di sini dan dia berlatih dengan baik tetapi dia tidak pernah bersama kami. 

"Dalam perlawanan seperti ini, bukan mudah untuk menjaringkan gol dan membuat perubahan tetapi kami agak seimbang, kami mampu mencipta ancaman dan bertahan dengan baik."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video