Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Perancis kerja keras pastikan Kylian Mbappe gempur Belanda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbappe.jpg
Didier Deschamps berkata Perancis menuju ke arah yang tepat berkenaan kecergasan Kylian Mbappe.

Mbappe mengalami patah hidung ketika Perancis menewaskan Austria 1-0, lantas menyebabkan kelibatnya dalam baki kempen EURO 2024 Les Bleus diragui.

Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu memberi perkhabaran positif apabila semalam kembali menjalani latihan ringan sambil memakai pelindung muka.

Dan menjelang pertembungan Perancis dengan Belanda awal pagi esok, Deschamps optimis bahawa kaptennya akan tersedia.



"Semuanya menuju ke arah yang betul selepas kejutan besar yang dideritai dan akibat daripadanya," kata ketua jurulatih itu kepada pemberita. 

"Semalam, seperti yang anda lihat, dia turun melakukan beberapa aktiviti. 

"Dia menunjukkan perkembangan positif. Kami akan melakukan segala yang terdaya bagi memastikan dia boleh diturunkan esok."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video