Kylian Mbappe yang mengalami kecederaan kepala lewat permainan yang secara tidak langsung mencemarkan kemenangan Perancis Euro 2024 ke atas Austria apabila Didier Deschamps dibiarkan bimbang tentang bintang Les Bleus itu, awal pagi tadi.
Penyerang yang menuju ke Real Madrid itu tercedera di hidungnya selepas cabaran di udara dengan pemain Austria, Kevin Danso, sebelum Mbappe digantikan.
Perancis bertahan untuk kemenangan 1-0 di Dusseldorf itu untuk membayangi kedudukan pendahulu, Kumpulan D, Belanda, namun Deschamps cemas dengan kecergasan Mbappe untuk berdepan anak buah Ronald Koeman, awal pagi Sabtu ini.
"Hidungnya dalam keadaan tidak baik sama sekali," kata ketua jurulatih Perancis itu yang mencatat 100 kemenangan ke atas pasukan kendalian Ralf Rangnick itu kepada pemberita.
"Walaupun ia sekadar di bahagian hidung, ia adalah titik negatif yang besar untuk kami malam ini."
Situasi itu meletakkan Deschamps dalam dilema untuk bertemu Belanda apabila mengesahkan ketua pasukannya itu yang dihantarkan ke hospital bagi menerima rawatan masih memerlukan pemeriksaan lanjut termasuk menentukan sama ada dia perlu menjalani pembedahan.

4 shots
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) June 17, 2024
0 goals
1 broken nose pic.twitter.com/vowD70P5cP