EURO 2024
EURO 2024: Murat berkeyakinan penuh pacu Switzerland benam Itali sejak awal
Ketua jurulatih Switzerland, Murat Yakin, percaya dari awal lagi pasukannya akan memusnahkan impian Itali dalam pusingan 16 EURO 2024 sebaik dia melihat skuad Azzurri itu mengubah formasi mereka.
Switzerland lolos ke suku akhir kejuaraan Eropah itu buat kali kedua selepas menewaskan juara bertahan berkenaan 2-0 di Berlin, awal pagi tadi, sejak menewaskan Perancis dalam edisi 2020.
Anak buah Yakin itu mempamerkan aksi jitu untuk menang apabila berhasil mengatur 13 percubaan berbanding Itali 11.
Iklan
Lantas, ia mendorong rakan sejawatannya di kem Itali, Luciano Spalletti, melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utamanya apabila kembali dengan formasi 4-3-3 selepas menggunakan 3-5-2 ketika menghadapi Croatia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Selepas perlawanan itu -- seri 1-1 yang menyaksikan Itali melepasi Kumpulan B selaku pasukan di tempat kedua -- Spalletti mengecam laporan bahawa barisan pemainnya telah mendesaknya agar menukar sistem permainan.
Yakin kemudian mendedahkan bahawa mereka telah melakukan analisis tepat dengan memberitahu SRF: "Sungguh sukar dipercayai apa yang berlaku di sini. Kami telah berseronok di setiap penjuru stadium. Peminat memang hebat.
"Saya tahu jika Itali menerapkan empat pertahanan, kami mampu memusnahkan mereka. Kemudian kami akan membiarkan mereka menghambat bola.
"Dan Ndoye berjaya menutup bahagian tengah. Stephan El Shaarawy hampir tidak dapat memainkan bola."
Must-Watch Video