Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2024: Mbappe laung amaran, komited rangkul gelaran juara

mbappe.jpg
Bintang Perancis, Kylian Mbappe, berharap dapat menebus kekecewaannya ketika tewas dalam aksi final Piala Dunia 2022 dengan memburu gelaran antarabangsa terakhirnya di Euro 2024.

Penyerang yang akan menyertai Real Madrid itu menjaringkan hatrik dalam final Piala Dunia 2022, namun Perancis tewas kepada Argentina menerusi sepakan penalti di Qatar.

Kejayaan Euro adalah satu-satunya gelaran antarabangsa yang belum dimenangi bintang berusia 25 tahun itu selepas meraih Piala Dunia pada 2018.


 

"Saya sangat ingin memenanginya kali ini. Saya harus jujur. Saya telah memenangi Piala Dunia. Saya telah memenangi Liga Negara-Negara.

"Euro satu-satunya yang belum saya capai bersama pasukan kebangsaan. Ini adalah pertandingan pertama saya sebagai kapten, jadi ia sangat penting bagi saya dan negara, dan kami mahu penyokong berbangga dengan kami. Ini satu lagi peluang untuk mencipta sejarah negara saya," katanya.

Mbappe mengalami mimpi buruk di Euro 2020, apabila gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan, dan gagal menyempurnakan penalti penting ketika Perancis tewas kepada Switzerland dalam pusingan 16 terakhir.

Perancis akan memulakan kempen peringkat kumpulan mereka menentang Austria pada Isnin sebelum menghadapi Belanda dan Poland dalam kumpulan yang mencabar.

Advertisement

Must Watch Video