Prestasi buruk Marcus Rashford di Manchester United bermakna dia tidak wajar untuk merungut selepas diketepikan daripada skuad EURO 2024 England, jelas pengurus Manchester United, Erik ten Hag.
Di samping pemain Manchester City, Jack Grealish, Rashford diketepikan daripada pasukan kendalian Gareth Southgate itu bagi mengharungi kejohanan di Jerman berkenaan.
Anthony Gordon, Eberechi Eze dan Jarrod Bowen antara pemain pilihan utama berbanding Rashford yang telah menjadi tonggak utama dalam skuad Three Lions sejak membuat penampilan pertama menerusi EURO 2016.
Rashford hanya menyumbangkan tujuh gol dalam 33 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam musim 2023-24 terumbang-ambing The Red Devils untuk mengakhiri kempen di tempat kelapan -- terendah sejak EPL diperkenalkan pada 1992.

Bercakap dalam peranannya sebagai pemerhati bola sepak untuk NOS, pengurus Man Utd itu menjelaskan bahawa penyerang tersebut tidak membuktikan dirinya dengan secukupnya untuk dipertimbangkan bagi memperkuatkan negaranya.
"Grealish dan Rashford kedua-duanya kurang menyerlah musim lalu. Dan apabila dalam situasi sebgitu maka anda berisiko tidak terpilih untuk negara anda," kata Ten Hag.