Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Jerman sahut cabaran jangkaan kian memuncak

nagelsmann_1.jpg
Julian Nagelsmann percaya Jerman mampu menyerap segala tekanan di sebalik jangkaan peminat akan terus meningkat ketika mengharungi EURO 2024 selaku tuan rumah.

Keyakinan itu terbit selepas mereka memenangi perlawanan pertama pusingan kalah mati pertama dalam tempoh lapan tahun apabila melenyapkan impian Denmark berbekalkan kemenangan 2-0 awal pagi tadi.

"Saya rasa kami tidak mempunyai tekanan lebih daripada biasa. 

 

"Saya fikir peminat dan juga jangkaan peminat menjadi pendorong terbesar kami.

"Kami mampu menangani tekanan.

"Bagi saya ia masih satu keistimewaan dan kami juga berpesan kepada pemain bahawa ia menjadi satu keistimewaan untuk beraksi sepak di bawah tekanan.

"Semua pemain sudah biasa menanganinya, jadi ia tidak menjadi masalah."
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video