Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Jerman buru mata penuh, Switzerland intai slot pusingan 16

switzerland-jerman.jpg
Switzerland dan Jerman bakal bertemu dalam aksi terakhir Kumpulan A saingan Euro 2024 awal pagi esok.

Jerman menjadi pasukan pertama menempah slot ke pusingan 16 berikutan kemenangan dalam aksi pembukaan bertemu Scotland dan Hungary. 

Skuad kendalian Julian Nagelsmann, diinspirasi oleh magis Florian Wirtz, Jamal Musiala dan Toni Kroos, telah menampilkan corak permainan yang berkualiti dan dijangka akan meneruskan momentum itu ketika turun beraksi di Frankfurt, ketika mereka akan melihat peluang untuk mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan mata maksium buat pertama kali sejak 2012.

Switzerland turut dalam kedudukan yang baik untuk mara ke peringkat kalah mati buat kali ketiga berturut-turut selepas mengatasi Hungary dan seri dengan Scotland. 

Rata-rata pasukan yang beraksi mahu menikmati perlawanan bertemu dengan pasukan tuan rumah, namun The Nati tidak tewas dalam tiga pertemuan dengan negara Eropah tengah, dan telah menjaringkan sembilan gol. Mereka juga hanya tewas sekali dalam 12 perlawanan Euro, menang empat dan seri tujuh kali. 

Jika mereka mengelak kekalahan di Frankfurt, tiket ke pusingan 16 sudah pasti menjadi milik mereka.

Kemungkinan kesebelasan utama:

Switzerland: Yann Sommer; Fabian Schär, Manuel Akanji, Ricardo Rodríguez; Silvan Widmer, Granit Xhaka, Remo Freuler, Michel Aebischer; Dan Ndoye, Breel Embolo, Ruben Vargas
Terlepas perlawanan seterusnya jika ditempah: Freuler, Rodriguez, Sierro, Widmer

Jerman: Manuel Neuer; Joshua Kimmich, Antonio Rüdiger, Jonathan Tah, Maximilian Mittelstädt; Robert Andrich, Toni Kroos; Jamal Musiala, Ilkay Gündoğan, Florian Wirtz; Kai Havertz
Terlepas perlawanan seterusnya jika ditempah: Andrich, Mittelstädt, Rüdiger, Tah
 

Advertisement

Must Watch Video