Harry Kane menggariskan beberapa perspektif negatif mengenai mutu permainan England dalam kempen EURO 2024 selepas terikat 1-1 dengan Denmark sambil mengakui pasukannya tidak cukup bagus.
England gagal membina momentum kemenangan 1-0 ke atas Serbia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C selepas gol pembukaan Kane itu dibatalkan oleh Morten Hjulmand dalam perlawanan di Frankfurt, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Gareth Southgate itu sekali lagi gagal meneruskan perlawanan selepas mendahului dalam permainan dan penyokong menyatakan kekecewaan mereka.
Keputusan seri itu bermakna England masih belum pernah memenangi dua perlawanan pertama mereka dalam EURO dengan slot pusingan 16 belum terjamin.
Dan Kane yang menjadi pemain ketiga yang memahat namanya sebagai penjaring dalam empat kejohanan utama berbeza bersama England di samping Michael Owen dan Wayne Rooney mengakui peningkatan diperlukan.
“Kami bergelut dengan mahupun tanpa bola,” katanya kepada BBC Sport.

“Tekanan yang diberikan dalam kedua-dua perlawanan tidak begitu bagus, begitu juga dalam hal penguasaan bola. Ia melibatkan posisi dari atas sampai ke bawah, daripada saya ke Picks (Jordan Pickford).
"Bahang dan padang menjadikan tugas kami bertambah sukar. Ia bukan perlawanan terbaik daripada kami tetapi kami bernasib baik untuk seri.
"Tiada sebarang perlawanan mudah dalam kejohanan utama dan saya fikir ia kini dibuktikan. Terdapat tahap yang boleh kami capai, dengan dan tanpa bola tetapi ini satu petanda pasukan yang bagus bahawa kami masih boleh mengutip mata biarpun tidak beraksi dengan baik."