Eni Aluko mendakwa Harry Kane agak "bermain demi dirinya sendiri" dalam EURO 2024 sambil menggesa kapten England itu untuk kekal bahagian atas padang daripada turun ke bawah.
Kane, yang menemui sentuhan penyudah ketika England terikat 1-1 dengan Denmark kurang menyerlah terutama di bahagian serangan.
Penyerang Bayern Munich itu, yang menjaringkan 44 gol buat gergasi Bundesliga berkenaan sepanjang musim 2023-24, telah melakukan lapan percubaan dalam kejohanan di Jerman ini.
Dan pakar ITV Sport yang juga bekas pemain wanita England, Aluko, mencadangkan kepada Kane yang hanya berjaya melakukan 10 sentuhan dalam kotak lawan secara keseluruhan supaya kedudukan tidak terlalu ke bawah hingga menjejaskan perancangan Gareth Southgate.
Bercakap kepada Stats Perform di pangkalan Adidas di Berlin, Aluko berkata: "Saya mengatakan Kane adalah salah seorang pemain terhebat yang pernah kita saksikan menyarung jersi England, seorang penjaring gol terhebat tetapi saya rasa kejohanan ini telah menyedarkan saya bahawa dia bermain untuk dirinya sendiri.

"Saya tidak fikir ini adalah satu topik baru tentang posisi Kane. Saya masih ingat lagi ketika Piala Dunia dua tahun lalu dan saya juga membangkitkan hal serupa. Jadi pada satu ketika, saya fikir Harry perlu sedar bahawa kedudukannya di atas padang sebenarnya tidak membantu pasukan. dia cuba bermain sebagai pemain tengah sedangkan kami mempunyai pemain tengah berbakat yang mampu menggerakannya.
"Saya tahu sebagai penyerang, sebahagian besar daripada peranan itu adalah disiplin. Sebahagian besar daripada kedudukan itu adalah mengekalkan formasi tinggi, membuka ruang buat pemain lain dan percaya bahawa rakan sepasukan juga akan melakukannya untuknya.
"Jadi saya hanya ingin melihat Harry beraksi lebih sedikit ke atas. Ia kedengaran gila kerana ia adalah Harry Kane tetapi saya fikir pada ketika ini, dia harus sedar bahawa ia sebenarnya bukan pendekatan terbaik. Jadi saya ingin melihatnya lebih berdisiplin."