Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: England tekad pamer reputasi sebenar di peringkat kalah mati

southgate.jpg
Gareth Southgate percaya tiada siapa yang akan mengambil pusing tentang peringkat kumpulan lagi sekiranya England menikmati peringkat kalah mati EURO 2024 dengan baik, bermula dengan Slovakia tengah malam ini. 

Walaupun mengungguli Kumpulan C, England menerima kritikan hebat atas prestasi mereka di bawah par di peringkat kumpulan selepas mengetepikan Serbia dalam perlawanan pembukaan sebelum seri dengan Denmark dan Slovenia.

Tempat pertama dalam kumpulan bermakna The Three Lions berjaya mengelak pasukan pilihan tetapi ia langsung tidak mengujakan peminat mereka sendiri. 

Walaupun Southgate akur dengan kritikan yang dilemparkan, dia juga mahu bertegas bahawa ancaman sebenar kejohanan di Jerman ini bermula dalam pusingan 16.

"Realitinya ialah tiada siapa yang akan mengambil berat mengenai pencapaian peringkat kumpulan jika anda melakukannya dengan betul. Itulah realitinya dan sudah tentu kami perlu membuktikannya," kata ketua jurulatih itu dalam sidang akhbarnya malam tadi. 


 
"Hakikatnya keadaan mental pasukan juga jadi berbeza. Semua orang tahu bahawa bola sepak kalah mati adalah bahaya. Semua orang tahu bahawa pada hari tertentu, lawan boleh menjadikannya sangat sukar untuk anda. Anda sedar jurang kualiti yang dimiliki lawan jadi ia boleh mempengaruhi fikiran. 

"Ia mengenai sejauh mana kami boleh mara. Kami cuba mencapai sesuatu yang luar biasa tetapi ia adalah satu langkah berperingkat dan esok merupakan satu peluang untuk kami meningkatkan aspek permainan dan mempamerkan ketenangan dalam beberapa saat.

"Permainan ini akan membawa kami ke arah yang berbeza pada saat yang berbeza, oleh itu kami mesti bertindak balas dengan tepat dalam setiap detik."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video