Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Belanda dituntut lebih klinikal

gakpo.png
Cody Gakpo dan Ronald Koeman sepakat bahawa Belanda perlu lebih klinikal dalam baki perlawanan kumpulan mereka sekiranya mereka ingin mara ke peringkat kalah mati EURO 2024 selepas mengatasi Poland, awal pagi tadi. 

Penyerang Liverpool itu menemui sasaran buat The Oranje dalam separuh masa pertama bagi membatalkan gol pembukaan Adam Buksa dan pemain gantian, Wout Weghorst, kemudian menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan bagi menghadiahkan permulaan cemerlang kempen mereka di bawah bimbingan Koeman.

Dalam pertemuan di Hamburg itu, Belanda mencatatkan 21 percubaan yang merupakan jumlah terbanyak dalam kejohanan utama sejak 2012, namun hanya empat daripadanya tepat ke sasaran. 

Dan lawan mereka sebaliknya mencetak tujuh percubaan tepat daripada 12.

Gakpo pantas menekankan ketumpulan mereka di kawasan sepertiga terakhir sambil menjelaskan pemain sendiri yang akan menilai prestasi mereka dan berhasrat untuk terus meningkat ketika menghadapi Perancis di Leipzig, awal pagi Sabtu depan.

“Ia adalah perlawanan yang sukar untuk menentang pencabar yang sukar,” kata Gakpo. 




“Mereka menjaringkan gol terlebih dahulu, jadi ia menjadikan tugas kami bertambah sukar tetapi saya fikir kami mencipta banyak dan beberapa peluang yang baik, apa pun kami perlu lebih klinikal.

"Kami perlu menganalisis permainan ini dan lihat di mana kami boleh mengasak mereka dengan lebih banyak, kemudian kami perlu membawa maklumat ini ke perlawanan seterusnya."

Advertisement

Must Watch Video