Erik ten Hag mendedahkan masa depanya di Manchester United telah dimuktamadkan ketika bercuti di Ibiza walaupun masih belum bersetuju untuk menyambung kontrak di Old Trafford.
Masa depan pengurus kelahiran Belanda itu bersama The Red Devils diragui berikutan musim 2023-24 yang mengecewakan apabila mencatatkan penamat terendah Liga Perdana Inggeris (EPL), tempat kelapan, sepanjang penyertaan mereka.
Walaupun Ten Hag masih mempunyai baki setahun dalam kontrak sedia ada telah membawa United menjulang Piala FA selepas kemenangan 2-1 ke atas seteru kota, Manchester City, dalam perlawanan akhir di Wembley.
Pemilik bersama baru kelab itu, Jim Ratcliffe, dilaporkan telah berunding dengan beberapa calon yang berpotensi bagi menggantikan bekas pengurus Ajax termasuk bekas pengurus Chelsea dan Bayern Munich, Thomas Tuchel.
Ten Hag mengesahkannya sebelum dilawati pegawai United untuk mengesahkan bahawa dia akan kekal menggalas amanat di kelab itu, malah mereka sedia melanjutkan perjanjiannya di Old Trafford.
"Pengurusan tertinggi kelab datang bertemu saya ketika saya sedang bercuti di Ibiza," katanya kepada saluran TV Belanda NOS.
"Mereka tiba-tiba muncul di depan pintu saya dan memberitahu saya bahawa mereka mahu terus bersama saya.
"Ineos mengambil masa mereka. Mereka masih baru dalam bola sepak; jadi ini satu senario biasa untuk dinilai musim ini. Bukan lagi rahsia bahawa mereka sempat bercakap dengan beberapa calon.
"Di Belanda, itu tidak berlaku. Anda tidak dibenarkan bercakap dengan kelab lain jika masih ada pengurus semasa di sana. Tetapi di England, peraturan dan undang-undangnya berbeza.
“Manchester United telah memberitahu saya bahawa mereka berunding dengan Tuchel tetapi mereka akhirnya membuat kesimpulan bahawa mereka sudah pun mempunyai pengurus terbaik.
"Kami mengharungi perbincangan yang bagus, bahkan pelbagai topik dibincangkan. Salah satu kesimpulannya ialah mengenai lanjutan kontrak, tetapi kami masih perlu mencapai persetujuan."