Bakal juara Euro 2024, England, tidak akan bergantung kepada pemain muda sensasi, Jude Bellingham, susulan beban tanggungjawab itu perlu dirasai oleh semua pemain.
Namun, pemain Real Madrid itu merupakan tonggak utama sebagai pemain penting buat skuad The Three Lions bagi menghadapi kempen kejohanan Euro 2024 yang akan bermula 15 Jun ini.
Impak yang diturunkan oleh bekas pemain Borussia Dortmund itu memberikan banyak kelebihan buat juara Laliga tersebut selepas berjaya menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan.
"Kami tidak meletakkan sepenuh harapan kepada Bellingham malah, kami mempunyai beberapa pemain ternama yang akan menggalas tugas masing-masing.
"Saya pasti dia mampu menjelmakan sesuatu untuk pasukan tetapi setiap pemain juga perlu memainkan peranan untuk melunaskan cabaran ini," kata ketua jurulatih, Gareth Southgate.