Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Aksi menarik menanti Jun Hao dalam pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hao

Wakil tunggal perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, membuka langkah kanan di Axiata Arena hari ini apabila menewaskan wakil China, Wang Zheng Xing dalam pusingan pertama. 

Kemenangan itu membuka lalun kepada potensi pertemuan hebat di pusingan kedua antara dua pemain yang mempunyai ranking lebih tinggi dari Jun Hao iaitu, Lee Chia Hao (ranking ke-20) atau Jonatan Christie (ranking ke-4).

Advertisement

Namun, menurut prestasi semasa, Jonatan dijangka tiada masalah untuk mengenepikan lawannya dari Chinese Taipei itu kerana rekod pertemuan mereka sebelum ini juga semuanya memihak Jonatan dengan tiga kali kemenangan dalam 3 kali pertemuan.

 

 

 

 

Jika ianya seperti yang dijangka, Jun Hao akan berdepan pilihan ke 4 perlawanan, Jonatan menyaksikan ia akan menjadi satu ujian dan pertembungan yang sangat menarik buat Jun Hao.

Jika dilihat kepada ranking dan prestasi semasa, Jonatan mungkin mempunyai kelebihan. Tetapi harus diingat, rekod pertemuan antara kedua pemain ini masih memihak Jun Hao 3-2 dengan kali terakhir di Terbuka Singapura 2025 apabila pemain di ranking ke 28 dunia itu membuat kejutan menewaskan wakil Indonesia dengan kemenangan straight game.

 

 

Must Watch Video