Skip to main content

Bola Sepak

Lambat perasan? Kontroversi pelik bola sepak Afrika Selatan

Afrika

Bagaimana boleh ada 12 pemain atas padang dalam satu masa?

Pasukan bola sepak Afrika Selatan berkemungkinan menghadapi masalah besar dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas 12 pemain beraksi untuk tempok singkat sewaktu pertemuan pemanas badan menentang Nicaragua, di Johannesburg Sabtu lalu.

Kedua-dua pasukan terikat seri 0-0 menyaksikan Afrika Selatan bergelut membentuk kesefahaman menuju Piala Dunia minggu hadapan.

Di sebalik aksi tersebut, terdapat insiden kontroversi tidak masuk akal berlaku apabila Bafana Bafana kelihatan bermain seramai 12 pemain dalam satu masa, dan ia membangkitkan persoalan peminat.

Pada minit ke-67, tuan rumah membuat tiga pertukaran. Bagaimanapun, hanya dua pemain sahaja yang dikeluarkan. Pemain ketiga kekal di padang dan hanya keluar kira-kira tiga minit kemudian selepas diarahkan berbuat demikian.

Pengadil perlawanan dijangka mengemukakan laporan kepada FIFA atas insiden tersebut. Jika pengadil menyedari kejadian itu daripada pengawasannya, skuad kebangsaan itu akan menghadapi hukuman yang serius.

Afrika Selatan akan menentang tuan rumah, Mexico, dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia pada 11 Jun, sebelum permainan menentang Czechia di Atlanta pada 18 Jun dan perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Korea Selatan enam hari kemudian di Monterrey.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video