Skip to main content

Bola Sepak

Rasmi: Bintang terkemuka angkat kaki dari JDT

Heberty

Heberty Fernandes sah mengucapkan selamat tinggal kepada juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), selepas hampir tiga musim bersama.

Ia, selepas pemain berusia 37 tahun itu memuat naik hantaran perpisahan, sambil berterima kasih kepada keseluruhan pasukan Harimau Selatan itu atas peluang yang diberikan.  

Demikian kontrak bintang kelahiran Brazil itu berakhir pada Ahad berdasarkan kemas kini transfermarkt, tiada khabar angin tentang ke manakah hala tujunya selepas ini.

Bekas pemain Cerezo Osaka itu tiba di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dari Bangkok Unitedpada 2023 sebagai antara pemain sandaran dan terus menampilkan impak besar dengan sepakan kaki kiri berbahayanya.

Dengan rekod 74 penampilan bersamaan 30 gol, Heberty antara watak JDT menjulang pelbagai kejuaraan domestik, sekali gus membantu mengekalkan rekod cemerlang meraih Piala FA dan Piala Malaysia.

Musim ini menyaksikan dia hanya mencatat 13 penampilan, selain tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

"Selepas tiga tahun yang tidak dapat dilupakan, tiba masanya untuk saya mengucapkan selamat tinggal kepada kelab yang sangat istimewa ini.

"Saya pergi dengan hati yang penuh kesyukuran dengan keyakinan bahawa saya sentiasa memberikan yang terbaik pada setiap saat," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Must Watch Video