Skip to main content

Badminton

Terbuka Australia: Sze Fei-Nur Izzuddin sertai Tang Jie-Ee Wei ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, berjuang hebat untuk menidakkan cabaran Goh V Shem-Choi Sol Gyu dalam pertarungan tiga set suku akhir Terbuka Australia yang mendebarkan, sebentar tadi.

Set pertama 21-13 tampak memberi bayangan kemaraan lebih mudah menjurus ke arah Sze Fei-Nur Izzuddin, namun V Shem-Sol Gyu merampas set kedua 22-20 selepas berhasil mengutip tiga mata berturut-turut.

Advertisement

Sze Fei-Nur Izzuddin mengatur kelebihan 8-5 terlebih dahulu sebelum kedudukan set ketiga itu seimbang 8-8.

Aksi sengit itu berlanjutan 17-17, seterusnya 20-20 sebelum dua pukulan terakhir Nur Izzuddin menghadiahkan kemenangan buat mereka.

 Sementara itu, perjuangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun berakhir berikutan kekalahan tiga set kepada Raymond Indra-Nikolaus Joaquin.


 

 

 

Man-Tee yang turun selaku pilihan ketiga tidak memiliki sebarang rekod berdepan lawan, dikejutkan dengan kekalahan 15-21, 21-19, 15-21.

Malaysia mempunyai satu lagi wakil dalam separuh akhir di saingan Sydney itu esok apabila beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menyingkirkan wakil Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan 21-17, 21-15.

 

Badminton

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Yonex ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.


Grab Sekarang

Must Watch Video