Skip to main content

Berbasikal

Taiping 150 Ride rancang tarik penyertaan luar negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

berbasikal

Penganjuran Taiping 150 Ride 2025 kembali dalam edisi kedua dengan peningkatan penyertaan kepada hampir 2100 peserta yang membabitkan tiga kategori iaitu 20, 60 dan 90 kilometer.

Ada delegasi yang tiba menaiki pengangkutan awam, kereta api, demi merasai pengalaman berbasikal dalam daerah di Perak.

Advertisement

Pengarah Perlumbaan, Albert Leong, bangga persiapan sangat menakjubkan bagi memastikan segalanya terkawal dan berjalan lancar.

Albert turut berharap penganjuran ini menjadi program penting pada masa hadapan dengan pemerkasaan di bawah Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

"Kategori 20km menuntut pelumba untuk mengelilingi di sekitar bandar Taiping dan melalui tempat bersejarah.

"Kami mahu menjadikan kejohanan ini memenuhi taraf UCI dan menarik peserta dari luar negara untuk menyaksikan kecantikan dan warisan di Taiping," katanya.

Menurut seorang peserta, Ooi Lay Hoon: "Laluannya tidak begitu susah untuk pengayuh pemula seperti kami."
 

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video