Tekong utama negara, Syahir Rosdi, menyifatkan gelaran Tekong Terbaik Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa sebagai pengiktirafan tertinggi yang tidak pernah diimpikannya.
Tekong berusia 30 tahun kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan itu beranggapan pengiktirafan itu mampu dijadikan sebagai pembakar semangat untuk tampil lebih cemerlang di pentas antarabangsa.
Advertisement
Pemain yang mesra disapa 'panjang' itu, keutamaannya kini adalah untuk terus berusaha mempertajamkan teknik servis, selain memperkemas aspek bertahan dalam usaha membantu Malaysia mengharungi beberapa kejohanan utama tahun ini, antaranya Piala Dunia Istaf, Piala Raja Thai serta Sukan Asia Aichi Nagoya.
"Perjalanan memang panjang, jatuh bangun, kena gantung kerana kena gantung peristiwa paling pedih buat saya.
"Sepanjang perjalanan banyak kisah sangat sedih buat saya, tetapi selepas mencapai ke tahap ini saya bersyukur kerana meraih semua perkara ini di saat paling tepat.
"Selepas pengiktirafan, perasaan risau itu suda mulai ada tetapi saya yakin dengan usaha saya dan rakan-rakan, jurulatih serta PSM sedia membantu saya untuk terus focus kekalkan prestasi." katanya.