Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Elavarasan mahu Melaka perkemas kedudukan, menang lawan KTRW

Ela

Pertemuan menentang Kelantan The Real Warriors dalam perlawanan Liga Super esok menjadi peluang terbaik buat Melaka kembali meraih kemenangan selepas melalui lima aksi sukar sebelum ini.

Ia, menyaksikan skuad Hang Tuah bertemu kelab elit Liga Malaysia (Liga-M) termasuk dua aksi Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) serta tiga perlawanan Liga Super berdepan Kuala Lumpur (KL) City, Selangor dan Terengganu.

Advertisement

Daripada lima perlawanan tersebut, skuad bimbingan E. Elavarasan hanya mampu meraih satu keputusan positif apabila seri tanpa jaringan ketika menentang Gergasi Merah di laman sendiri.

Situasi mencabar itu sememangnya sudah dijangka Elavarasan lebih awal dengan kali terakhir melaka melakar kemenangan dalam Liga Super ketika menewaskan PDRM 3-0 di laman sendiri Januari lalu.

"Melaka mungkin baru dalam kancah musim ini.

"Kami datang daripada Liga A1 Semi-Pro musim lalu, tiba-tiba bertemu pasukan hebat.

"Ia sangat berbeza buat kami. Tetapi kami semakin faham tahap permainan Liga Super dan bercakap mengenai kualiti.

"Ini sangat penting buat kami untuk bersaing dalam aksi ini," katanya di Nadi Weekend.

Justeru, baki perlawanan selepas ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Melaka bagi mengutip mata penting, sekali gus mengelakkan mereka terus terjerumus ke kelompok bawahan Liga Super.

Must Watch Video