Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Luqman Hakim fikir akan jaringkan hatrik

Luqman

Penyerang Negeri Sembilan, Luqman Hakim Shamsuddin, gembira dapat membantu pasukan itu meraih kemenangan pertama dalam enam aksi terakhir selepas menewaskan PDRM di Selayang, semalam.

Malah, bintang berusia 24 tahun itu menyumbat dua gol dan satu bantuan jaringan bagi memastikan enam pertama sejak K. Rajan mengambil alih selaku ketua jurulatih interim menggantikan Nidzam Jamil.

Advertisement

Katanya, ia adalah hasil kerja keras yang dibuat untuk menaikkan kembali namanya sebagai seorang penyerang.

Luqman dalam masa sama menjelaskan bahawa dia belum berpuas hati dengan prestasi semasanya, namun berjanji untuk memperbaiki segala kesilapan menuju aksi akan datang.

"Alhamdulillah syukur.

"Kemenangan itu memberi kepuasan kepada kami, dan saya sangat berbangga.

"Saya mensasarkan untuk hatrik. Kerana saya ada banyak peluang tetapi rezeki hanya dua gol.

"Prestasi pula kurang memuaskan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Must Watch Video