"Kalaulah ayah ada."
Ini bentuk kerinduan yang tidak mungkin difahami oleh sesiapa kecuali mereka yang melalui situasi kehilangan orang tersayang.
Advertisement
Ketika kejayaan akhirnya digapai, hanya tangisan yang mampu menjadi bukti betapa individu paling penting yang menjadi pendorong utama buat Haritz Iklil Hessly Hafiz, setelah tidak berkesempatan melihat hasil termanis anak sulung kesayangannya itu.
Ayahnya, pulang ke negeri abadi dua bulan lalu, secara tidak langsung membawa kepada rasa sayu yang masih bersisa.
"Dalam tempoh setahun ini, saya memasang impian untuk hadiahkan emas kepada ayah.
"Abah meninggal dunia dua bulan lalu. Dia juga selalu berikan semangat kepada rakan sepasukan, mereka semua mengenalinya," katanya.
Pingat emas Sukan SEA dalam acara 50 meter rifle 3 posisi lelaki dan lebih manis, dengan rekod baru temasya iaitu 447.5 mata untuk mengatasi rekod terdahulu yang dipegang Napis Tortungpanich dari Yhailand yang mencatat 445.3 mata dalam temasya Vietnam 2022.
"Abah, terima kasih kerana beri sokongan ketika jatuh bangun saya.
"Teirma kasih kerana berusaha hantar saya menembak dan akhirnya saya berjaya bawa pulang emas," katanya.