Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Bukan masa berehat, statistik dinilai menjelang Malaysia 2027

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

SEA

Sensasi atlet muda menjadi perhatian khusus Majlis Sukan Negara (MSN) memandangkan ia bayangan yang cukup baik menjelang penganjuran akan datang di Malaysia 2027.

Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin, memdedahkan seramai 39 peratus (%) atlet pertama kali bertanding dan 43% atlet muda menyumbang pingat membawa maksud Malaysia ketika ini memiliki potensi cerah untuk menyerlah bagi tempoh dua tahun dari sekarang.

Advertisement

Usaha untuk mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam pentas Sukan SEA mula mendapat hasilnya dan sudah pasti ia adalah aset yang akan dipertaruhkan menjelang edisi 2027.

Sementara itu, MSN kekal melihat penganjuran Thailand 2025 merupakan antara pencapaian terbaik dan seimbang membabitkan kontinjen negara.

Jika perbandingan dibuat ketika Thailand 2007, sumbangan 62 pingat emas  ketika itu hanya melibatkan 18 daripada 40 sukan yang dipertandingkan berbanding 28 daripada 50 sukan yang ditandingi kali ini.

Dengan 57 pingat emas, 57 pingat perak dan 117 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan 231 pingat adalah yang terbanyak sepanjang penyertaan Malaysia di luar Kuala Lumpur (KL).

Jefri juga menegaskan MSN akan memandang lebih serius impak penyertaan atlet bagi Kategori B, yang sewajarnya perlu mendapat bantuan menyeluruh terhadapa penyertaan mereka.

"Usai terpilih ke temasya dwitahunan ini, mereka perlu membuat persiapa lebih rapi, lebih awal supaya dapat memenangi pingat.

"Kita mendapati bahawa sebanyak 28% atlet daripada Kategori B menyumbangkan pingat atau 135 pingat secara keseluruhan.

"Saya rasa kita perlu melihat kriteria pemilihan dan persiapan pasukan supaya sukan-sukan yang hadir walau daripada kategori B bukan penumpang tetapi harus juga menyumbang secara keseluruhan.

"Ini sangat penting pada masa hadapan. Kita akan memperhalusi perkara ini," katanya di Nadi Weekend.

Bagi Chef De Mission (CDM) Malaysia, Nurul Huda Abdullah, kejayaan kali ini tidak bererti ada istilah berehat memandangkan banyak sasaran lain yang perlu diteliti, termasuk proses persediaan selaku tuan rumah 2027.

"Kekuatan negara serantau juga harus dipandang enteng. Mereka sedang membina kekuatan supaya saingan lebih kompetitif.

"Kita akan membuat penilaian melingkupi segala aspek untuk meningkatkan segala elemen secara keseluruhan," katanya. 
 

Must Watch Video