Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN B-19: Malaysia benam Brunei penuh bergaya!

Piala ASEAN B-19: Malaysia benam Brunei penuh bergaya!

Malaysia  meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Kumpulan B Kejuaraan B-19 ASEAN 2026 selepas membenam Brunei 4-0 dalam aksi yang berlangsung sebentar tadi,

Skuad muda negara tampil menguasai permainan sejak awal perlawanan dan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-22 hasil gol sendiri Mahmud Khalish Zaifulizham ketika cuba mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya.

Malaysia terus menggandakan tekanan ke atas Brunei dan hasilnya Arsyad Shamsul Aswadi menambah jaringan kedua pada masa kecederaan babak pertama, sekali gus memberikan kelebihan selesa 2-0 sebelum rehat.

Memasuki separuh masa kedua, Malaysia kekal dominan dengan beberapa percubaan berbahaya berjaya dicipta namun pertahanan Brunei masih mampu bertahan untuk tempoh yang lama.

Ketika perlawanan menghampiri penghujung, skuad negara menambah dua lagi gol menerusi Ierfan Hafizan Hafiz pada minit 90+3 sebelum Irfan Aswad Roslan melengkapkan kemenangan bergaya 4-0 tiga minit kemudian.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia membawa pulang tiga mata penting dalam usaha memburu slot ke peringkat seterusnya saingan Kejuaraan B-19 ASEAN 2026.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video