Selepas Olahraga Malaysia (MA) menyenarai 48 nama atlet olahraga yang bakal beraksi dalam Sukan SEA Thailand pada 9 Disember depan, sudah pasti tumpuan terarah kepada pelari yang bakal beraksi dalam acara 100meter.
Lebih-lebih lagi apabila tiada kelibat Azeem Fahmi akan disaksikan dalam edisi kali ini, siapa yang bakal menggantikan posisi tersebut? Ianya bakal digalas oleh Danish Iftikhar Roslee, pelari muda berbakat dari Johor yang lahir pada 25 Mac 2007.
Advertisement
Danish akan beraksi bersama Jonathan Nyepa dan Pingiran Aidil Auf Hajam, manakala Aliff Iman Mohd Fahimi dan Khairul Hafiz Jantan hanya beraksi 4x100m.
Waktu untuk Danish Iftikhar bersinar #SEAGames2025
Ranking ASEAN 2025; No. 4
Personal Best:
100m - 10.26s, 200m - 21.71s
📸 - Olahraga Malaysia (MA) pic.twitter.com/Atui9YJUE0— podiumontour (@podiumontour) November 20, 2025
Jurulatih kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil menyifatkan Danish sebagai atlet yang “boleh muncul kejutan”. Dia percaya bahawa dengan bakat, usia muda dan prestasi semasa, Danish mempunyai peluang ke podium dalam acara 100m, satu sasaran yang cukup realistik.
Dengan catatan 10.26 saat, dia sudah melepasi masa kemenangan pada edisi SEA sebelum ini, menunjukkan bahawa dia bukan hanya layak untuk menggalas cabaran tersebut tetapi mungkin kita bakal saksikan dia berdiri di podium.
Sukan SEA sering menjadi medan atlet muda menyinar dan itulah yang bakal Danish lakukan.
Melihat kepada situasi ketika ini dalam ekosistem sukan di Malaysia yang masih terlalu bergantung kepada atlet berpengalaman, kehadiran Danish adalah nafas baru yang boleh mencetuskan dinamik baharu dalam acara pecut.
Jika dia berjaya menembusi final atau meraih pingat, bukan sahaja ia kejayaan peribadi tetapi simbol bahawa generasi baru pelari negara sudah bersedia untuk menggantikan pelari senior.

Laju Dengan Nike
Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!