Pemanah recurve para negara, Suresh Selvathamby, menyambut baik kehadiran jurulatih dari Korea Selatan yang akan dibawa masuk bagi memantapkan struktur kejurulatihan sedia ada.
Dia juga berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) kerana mengesahkan akan menyambung kontraknya dan memberikan kepercayaan kepadanya untuk terus berjuang demi negara tercinta.
Advertisement
"Saya juga baru tahu perkara itu jadi saya gembira dapat meneruskan, kami satu pasukan akan cuba memberikan pingat buat Malaysia.
"Terima kasih MSN, saya akan buat yang terbaik lagi." katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Suresh menamatkan cabaran memanah recurve dengan satu pingat gangsa menerusi acara perseorangan dan satu perak dalam kategori doubles.