Skip to main content

Sepak Takraw

Sepak takraw Thailand wajib dikenakan hukuman keras

j

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, menggesa Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) agar mengambil tindakan sewajarnya ke atas Thailand berikutan kontroversi yang dicetuskan dalam Kejohanan Piala Dunia 2026 lalu.

Apa pun alasan yang bakal dikemukakan Thailand kepada Jawatankuasa Tatatertib ISTAF, Sumali berpandangan ia tidak boleh diterima sama sekali kerana tindakan itu dianggap sebagai tidak menghormati peraturan serta undang-undang perlawanan antarabangsa.

Jelas Sumali, PSM menyambut baik keputusan ISTAF yang akan mengheret 12 pemain serta tiga pegawai skuad kebangsaan Thailand ke Jawatankuasa Tatatertib Badan Induk Sepak Takraw Dunia (ISTAF).

Sumali percaya ISTAF akan mengadili kes ini sebaik mungkin demi kebaikan serta kemajuan sukan sepak takraw secara menyeluruh.

"Ini sebagai pengajaran kepada mana-mana negara pada masa akan datang -- termasuk kalau Malaysia berbuat sedimikian -- maka ISTAF boleh ambil tindakan sewajarnya.

"Sekiranya kontroversi tidak memihak Malaysia, Thailand (pasti) akan mempersoalkan kami. Sebab itu keputusan tidak meneruskan perlawanan tersebut memang salah dan wajib dihukum," katanya di Nadi Arena.  

Dalam pada itu, dia turut mengakui PSM sedia mengemukakan bantahan rasmi kepada ISTAF jika keputusan jawatankuasa tatatertib disifatkan sebagai berat sebelah dan memihak Thailand.

Untuk rekod, Malaysia muncul juara acara regu berpasukan Piala Dunia ISTAF 2026 dengan keputusan 2-1 selepas Thailand enggan meneruskan permainan regu ketiga set kedua, 23 Mei lalu.

"Perkara ini masih berlegar di media sosial jadi jangan dibiarkan lama, ambillah tindakan segera.

"Walaupun pahit ia harus ditelan.

"Soal kalah menang adalah nombor dua, tindakan memanggil 12 pemain Thailand satu tindakan tepat, sekurang-kurang mereka mahu meneliti puncanya.

"Saya harap ISTAF akan mengambil tindakan yang profesional dan matang," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Must Watch Video