Skip to main content

Bola Sepak

Negara ranking ke-31 dunia desak Presiden FIFA digantung

Infantino

Persekutuan Bolasepak Norway (NFF) secara rasmi telah menyokong aduan terhadap Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, atas dakwaan pelanggaran peraturan berunsur politik.

Bercakap pada sidang akhbar menjelang pasukan kebangsaan ke Piala Dunia, Presiden NFF, Lise Klaveness, menyatakan bahawa surat sokongan aduan NFF telah diserahkan secara rasmi. Klaveness mengakui bahawa langkah itu telah mencetuskan pergeseran politik dalam badan pentadbir bola sepak dunia itu.

FIFA menghadapi kecaman hebat selepas menyampaikan hadiah keamanan sulung kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semasa undian Piala Dunia 2026 pada bulan Disember.

Aduan yang dikemukakan oleh organisasi hak asasi manusia, FairSquare, kepada jawatankuasa etika FIFA itu membantah tindakan Infantino yang menyampaikan 'Anugerah Keamanan' kepada Donald Trump. NFF telah meminta jawatankuasa itu untuk menilai sama ada Presiden FIFA melanggar statut badan pentadbir mengenai pengecualian politik melalui anugerah dan tindakan berkaitan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video