Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah selamatkan baki pusingan 16

j

Satu persatu wakil negara gugur dalam pusingan 16 Terbuka Indonesia sebentar tadi yang menyaksikan Aaron Chia-Soh Wooi Yik di dikejutkan gandingan muda Indonesia.

Raymond Indra-Nikolaus Joaquin menyingkirkan juara dunia 2022 itu 21-14, 21-14 dalam tempoh 30 minit, dan kekecewaan itu berterusan selepas Aaron Tai-Kang Khai Xing turut ditunjukkan jalan keluar 21-16, 15-21, 19-21 dan terlepas perhitungan dengan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Dalam masa sama, selepas berhempas-pulas berjuang dalam tempoh 47 minit, perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, terpaksa akur dengan kekalahan 16-21, 15-21 oleh pemain Perancis, Alex Lanier buat kali kedua dalam kariernya, manakala perseorangan wanita, K Letshanaa, tumpas straight set kepada jaguh Jepun, Akane Yamaguchi.

Situasi hampa itu berlanjutan apabila beregu campuran, Hoo Pang Roon-Lai Pei Jing, dibayangi wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.

Namun, Pearly Tan-M. Thinaah menghulurkan penawar buat kem negara dengan menepati status sebagai pilihan kedua beregu wanita dengan menundukkan Hsu Ya Ching-Sung Yu-Hsuan dari Taiwan.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video